Monday 26 November 2012

PENYEDIAAN REKOD PERSEDIAAN MENGAJAR


Surat Pekeliling Iktisas Bil.3/1999
Surat Pekeliling Iktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256:”Buku Rekod Mengajar Guru”, bertarikh 1 Julai 1963.

2. Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.

3. Dengan Surat Pekeliling Iktisas, berkuatkuasa pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu Rancangan Mengajar Tahunan dan Rancangan Mengajar Harian.
(I) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(II) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya malumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Jadual Gaji Penjawat Awam 2013


Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam

BULAN
TARIKH
NOTA
Januari
23 Januari 2013 (Hari Rabu)

Februari
*25 Februari 2013 (Hari Khamis)
Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013
Mac
25 Mac 2013 (Hari Isnin)

April
25 April 2013 (Hari Khamis)

Mei
23 Mei 2013 (Hari Khamis)
Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013
Jun
* 25 Jun 2013
Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013
Julai
25 Julai 2013 (Hari Khamis)

Ogos
* 22 Ogos 2013 (Hari Khamis)
Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013
September
25 September 2013(Hari Rabu)

Oktober
8 Oktober 2013 (Hari Selasa)
Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013
November
25 November 2013
Deepavali : 2 November 2013
Disember
* 18 Disember 2013
Hari Khamis : 25 Disember 2013)

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2013 - One Stop Malaysia

Malaysia Public Holidays & School Holidays 2013 - One Stop Malaysia

SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN DALAM SISTEM SARAAN BARU BERDASARKAN KAEDAH BARU CUTI




Cuti Separuh Gaji
Kemudahan cuti separuh gaji dalam Perintah Am 13(a) Bab ‘C’ diberi atas sebab-sebab kesihatan anak dan saudara yang rapat sahaja. Kemudahan bagi anggota atas sebab-sebab kesihatannya diliputi dalam peruntukan Cuti Sakit Lanjutan.
Cuti Tanpa Gaji
Kemudahan cuti tanpa gaji dalam Perintah Am 14 Bab’C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) had maksimum cuti tanpa gaji dalam Perintah Am 14(a) dipinda ke 360 hari.
b) Syarat minimum layak memohon cuti tanpa gaji Perintan Am 14(b) dan (c) diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja,
c) Baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.
Cuti Sakit Lanjutan
Kemudahan cuti sakit lanjutan dalam Perintah Am 22 Bab ‘C’ dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi cuti separuh gaji sehingga 90 hari dengan Perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu laporan Lembaga Perubatan , sijil boleh diterima bagi tujuan cuti separuh gaji. Anggota hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak mengemukakan cuti sakit bagi tempoh menunggu laporan Lembaga Perubatan berkenaan.
b) Jika angota masih tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, maka anggota itu masih boleh diberi cuti sakit iaitu cuti tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuaan bersamaan separuh gaji.
c) Kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberi dalam satu tahun kalendar dan
d) Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika anggota masih belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.
Cuti Haji
Kemudahan mengenai cuti haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1984 adalah dikekalkan dengan pindaan berikut:
a) Cuti haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan dan
b) Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.
Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan
Kemudahan cuti rehat ini dalam Perintah Am 38 Bab’C’ dikekalkan dengan pindaan iaitu tempoh cuti selepas berkursus dihadkan sehingga 7 hari jika anggota masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus. Bagi guru-guru, kemudahan ini diberi jika mereka masih mempunyai baki cuti sambilan sebelum pergi berkursus.
Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan
Kemudahan cuti ini dalam Perintah Am 44 Bab ‘C’ dipinda dengan menggantikan masa peperiksaan kepada hari peperiksaan.
Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan Persatuan
Kemudahan cuti ini dalam Perintah AM 42(a) dan Bab’C’ diperluaskan aktivitinya kepada menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luarbiasa, khemah latihan tahunan, seminat dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran persatuan kebajikan dan sukan di jabatan-jabatan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf olehKetua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Cuti Tibi, Kusta dan Barah
Kemudahan mengenai cuti sakit ini seperti dalam Perintah Am 31(a) dan (b) Bab ‘C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebih 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
b) Kemudahan (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
c) Setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang ia masih berkelayakan.
d) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti (a) hingga (c) dan
e) Setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu setelah meneliti Lamporan Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.
Tafsiran Keluarga Anggota
Istilah keluarga dalam Perintah Am 1 (iii) Bab ‘F’ adalah dikekalkan dengan pindaan, iaitu bagi anak yang daif, ianya tidak mengambil kira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan.
Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad
Kelayakan wad dalam perenggan 1.1 Lampiran ‘C’ Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1980 adalah dipinda seperti berikut:
Gred Khas dan ke atas kategori I hingga III yang bergaji RM3 138 dan ke atas.
Kelas Wad : Kelas 1 Bilik Seorang
Bayaran Sehari: RM10.00
Kategori III yang bergaji RM3 137.00 dan ke bawah hingga kategori VI
Kelas Wad: Kelas 1 Bilik Berdua
Bayaran Sehari: RM8.00
Kategori VII hingga VIII
Kelas Wad: Kelas 1 Bilik Bertiga
Bayaran Sehari: RM6.00
Kategori IX hingga IX
Kelas Wad: Kelas 2, Kelas 3
Bayaran Sehari: RM3.00, Percuma
KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN
Kemudahan cuti isteri bersalin selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod diperuntukkan di bawah Sistem Saraan Baru bertujuan memberi peluang kepada pegawai-pegawai lelaki membantu urusan ketika isterinya bersalin.
Kemudahan ini hanya diberi kepada pegawai lelaki yang telah kehabisan cuti rehat yang ia berkelayakan ketika isterinya bersalin.
Sehubungan itu, berikut diperturnkan beberapa peraturan berkaitan dengan pelaksanaan pemberian cuti tersebut:
a) kemudahan cuti bersalin sebanyak tiga hari diberi kepada pegwai-pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang ia berkelayakan pada tarikh isterinya bersalin dan bukannya telah kehabisan semua cuti rehat tahunannya.
b) Pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang daripadaa tiga hari pada tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti tanpa rekod sebanyak tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, dua hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan satu hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehat berbaki sebanyak dua hari.
c) Cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seorang pegawai itu bersalin selepas waktu pejabat.
d) Semua hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh dalam tempoh cuti itu hendaklah juga diambil kira dan
e) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan. Dalam pada ini, pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas semasa penggal sekolah juga layak diberi kemudahan ini.
Peraturan mengenai kemudahan ini juga terpakai kepada Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan yang menerima Sistem Saraan Baru.

PERATURAN PAKAIAN GURU


Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/1985

Peraturan Pakaian Guru di Sekolah/Pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Tujuan surat pekeliling ini adalah untuk menetapkan peraturan pakaian sewaktu bertugas bagi guru-guru di sekolah, pensyarah di Maktab Peguruan, Politeknik, lain-lain Pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran. Peraturan pakaian ini adalah disesuaikan dengan peraturan pakaian masa bekerja dan semasa menghadiri upacara-upacara rasmi bagi peawai-pegawai awam dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 tahun 1985 bertarikh 18hb Februari, 1985 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. 2. Sebagai golongan pendidik, guru-guru, pensyarah-pensyarah dan lain-lain pegawai perkhidmatan pelajaran sewajarnyalah menunjukkan pakaian yang sesuai apabila bertugas di dalam atau di luar sekolah/maktab dan pejabat. Oleh yang demikian, di samping pakaian yang kemas dan bersih, pakaian yang berpatutan dan bersesuian bagi guru-guru/pensyarah-pensyarag serta pegawai-pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran adalah penting. Pakaian seumpama ini adalah melambangkan disiplin imej profesyen perguruan. 3. Untuk tujuan ini, berikut adalah peraturan pakaian yang ditetapkan: 3.1.1 Guru-guru/Pensyarah-pensyarah Lelaki i)Seluar panjang dan berbaju kemeja (digalakkan bertali leher, atau bush jacket atau lounge suit. Jika baju berlengan panjang. Tangan baju itu hendaklah jangan dilipatkan. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam. ii) Kasuit kulit atau lain-lain kasut sejenis dengannya. iii)Pakaian baju Melayu lengkap dengan samping, atau pakaian yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. iv) Pakaian baju Melayu dengan kain sarong, jean, track suit, seluar pendek, kemeja t/sukan, kersi, kasut sukan, baju Hawaii, baju batik, selipar; kasut getah dan lain-lain jenis pakaian yang menjolok mata tidak boleh dipakai. 3.1.2 Guru-guru/Pensyarah-pensyarah Perempuan i)Pakaian kebangsaan dan pakaian kaum masing-masing dan lain-lain jenis pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. ii)Kasut kulit, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai dengan pakaian yang ditetapkan, iii) Kasut sukan, jean, slack, track suit, kemeja t /sukan, jersi, seluar pendek atau apa-apa pakaian yang menutup muka serta lain-laian pakaian dan jenis kain jarang dan menjolok mata, tidak boleh dipakai. 3.2 Sewaktu bertugas di luar bilik darjah ( menjalankan gerakerja Pendidikan Jasmani dan sukan) – lelaki dan perempuan. 3.2.1 Track suit, seluar panjang yang sesuai, seluar pendek ( bagi guru/pensyarah lelaki sahaja ), kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut sukan dan lain-laian pakaian yang sesuai yang tidak menghalang kecergasan gerak geri dalam gerakerja tersebut. 3.2.2 Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerakgeri, sarong ketat atau seluar ketat, cheongsam, kebaya, sari dan lain-laian pakaian dari jenis kain jarang dan menjolok mata adalah tidak sesuai dipakai. 3.3 Sewaktu menjalankan kerja-kerja praktik di bilik makmal / sains rumahtangga/ bengkel seni perusahaan. 3.3.1 Pakaian khas, jika ada, untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat-tempat berkenaan hendaklah dipakai. 3.3.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja, Sekiranya memakai baju berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu. 3.3.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah boleh dipakai dan hendaklah sesuai dengan jenis kerja-kerja praktik tersebut. 3.4 Sewaktu menjalankan kerja praktik sains pertanian. 3.4.1 Pakaian khas, jika ada untuk menjalankan kerja-kerja praktik di tempat berkenaan hendaklah dipakai. 3.4.2 Seluar panjang dan berbaju kemeja ( jika berlengan panjang, lengan baju itu bolehlah dilipatkan jika perlu ) atau kemeja sukan, kasut sukan atau kasut getah. 3.4.3 Bagi guru dan pensyarah perempuan, jenis pakaian sewaktu bertugas di bilik darjah atau lain-laian pakaian yang sesuai dengan kerja-kerja praktik tersebut dengan berkasut sukan atau berkasut getah. 4. Sewaktu bertugas di pejabat sekolah/maktab, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian / Jabatan Pelajaran Negeri / Kementerian Pelajaran bagi pegawai-pegawai perkhidmatan pelajaran 4.1 Lelaki 4.1.1 Seluar panjang dan berbaju kemeja dan bertali leher atau bush jacket atau lounge suit. Baju hendaklah dimasukkan ke dalam dan jika berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan. 4.1.2 Pakaian baju Melayu yang lengkap dengan samping, atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang. 4.1.3 Pada hari Sabtu atau bekerja separuh haru, baju batik (batik buatan Malaysia) boleh dipakai, kecuali pegawai-pegawai yang dikehendaki memakai pakaian seragam. 4.1.4 Ksut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal hanya boleh dipakai dengan baju Melayu yang lengkap dengan samping. 4.2 Perempuan 4.2.1 Pakaian kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing dan lain-lain pakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata. 4.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan. 4.2.3 Kasut sukan, jean, slack, seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka atau yang menjolok mata tidak boleh dipakai. 5. Pakaian seragam kakitangan sekolah/maktab/pejabat yang dibekalkan dengan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian tersebut sewaktu bekerja. 6. Pakaian batik di sekolah / maktab ( lelaki ) Baju batik boleh dipakai pada bila-bila masa kecuali sewaktu mengajar secara rasmi di bilik darjah / kuliah atau di luar bilik darjah/kuliah pada hari-hari persekolahan/kuliah. 7. Sewaktu menghadiri bengkel dan lain-lain majlis rasmi peringkat daerah/negeri dan kementerian seperti yang dinyatakan dalam para 3.1.1 dan 4.1 (bagi lelaki) atau para 3.1.2 dan 4.2 (bagi perempuan) jika tiada peraturan pakaian khas ditetapkan, 8. Pakaian semasa menghadiri upacara rasmi ( seperti yang dipetik daripada para 3, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1965 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ) 8.1 Pakaian rasmi (formal) untuk lelaki Seorang pegawai awam yang berhak memakai uniform ataupun dikehendaki memakai uniform yang khasm hendaklah memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan melalui edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, JPA SULIT.2578/Pt.1/35 bertarikh 8hb Jun 1970 di Lampiran A mengenai pakaian seragam pegawai-pegawai tadbir dan profesional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas, seperti dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 8 Tahun 1975, hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam, serta pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai uniform maka lounge suit bolehlah dipakai, kecuali jika peraturan khas ditetapkan. 8.2 Pakaian untuk upacaraseparuh rasmi (lelaki) Untuk upacara-upacara separuh rasmi seperti menghadiri upacara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi peringkat kebangsaan, di mana tidak ada perwakilan dari luar negara, maka pakaian sewaktu bertugas di pejabat seperti yang ditetapkan dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk upacara-upacara peringkat antarabangsa, maka pakaian lounge suit hendaklah dipakai. 9. Dengan surat pekeliling ini, para 3 Surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil.11/68 bertarikh 25 September 1968; Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil.13/69 bertarikh 26 Disember, 1969, para 4.3 dan 4.4 dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1979 bertarikh 2 Mei,1979: dan surat siaran KP)BS)8591/Jilid 11/(14) bertarikh 2 Julai 1983 adalah dimansuhkan. 10. Adalah diharapkan tuam memaklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan pelajaran di semua sekolah, maktab, politeknik, Pejabat Pelajaran Daerah atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Bahagian di Kementerian Pelajaran.

Pengenalan Kepada Alat Perkusi

DEFINISI Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara ketukan atau pola irama yang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya suku kaum tersebut. Permainan muzik perkusi adalah asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra . Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak mungkin berjaya.Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor akan mengawal persembahan. Seorang pengiring (biasanya guru muzik) akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen @ menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan bermain serentak. Bagi tahap 2 KBSR melodian akan dimainkan oleh beberapa murid. Pemain akan bermain mengikut skor muzik yang telah disediakan. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.

Sunday 25 November 2012

Contoh Soalan Band 6


Contoh Soalan Band 6
B6D1 (Pengetahuan dan Kefahaman Muzik)
B6D1E1
SOALAN:
Ø  Buat gerakan dan ekspresi muka secara kreatif mengikut mud berdasarkan tiga buah lagu yang didengari.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan 3 buah lagu yang berbeza mud (riang, sedih, takut).
Ø Murid membuat gerakan dan  ekspresi muka mengikut mud lagu di hadapan kelas.

B6D1E2
SOALAN:
Ø  Terangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengari.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan lagu nyanyian solo dan nyanyian koir.
Ø  Meminta murid menerangkan secara lisan perbezaan tekstur lagu yang didengar.
Ø  Murid memberi jawaban bahawa nyanyian solo adalah tekstur nipis dan nyanyian koir adalah tekstur tebal.
Ø   
B6D1E3
SOALAN:
Ø  Mainkan alat perkusi secara kreatif mengikut simbol dinamik (f dan p) pada skor lagu.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru sediakan skor lagu/lirik dan 2 alat perkusi, iaitu dram samping dan kerincing.
Ø  Murid memainkan alat perkusi yang dipilih  mengikut skor secara kreatif.

B6D1E4
SOALAN:
Ø  Kalungkan kad imbasan pada rakan kamu mengikut aras pic yang kamu dengari.

PEMERHATIAN:
Ø  3 orang murid berada dalam kedudukan 3 aras yang berbeza iaitu,
i.                    Mencangkung
ii.                  Duduk di atas kerusi
iii.                Berdiri
Ø  Guru memainkan tiga pic yang berlainan aras (rendah, tengah dan tinggi).
Ø  Murid diminta mengecam dan mengalungkan kad imbasan untuk pic yang ke2 (terpulang kepada guru) mengikut bunyi yang dimainkan.

B6D1E5
SOALAN:
Ø  Tampal gambar pada papan putih berdasarkan audio yang dimainkan.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan bunyi binatang.
Ø  Murid memilih gambar haiwan yang disediakan mengikut bunyi yang dimainkan oleh guru dan menampal gambar pada papan.

B6D1E6
SOALAN:
Ø  Murid melakarkan gambar kereta atau berjalan kaki untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan dua buah lagu bertempo cepat dan lambat.
Ø  Murid melakarkan gambar berdasarkan lagu yang didengari.

B6D1E7
SOALAN:
Ø   Murid memilih dan memainkan 1 daripada 2 alat perkusi untuk membezakan bunyi bunyi panjang dan pendek.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru menyediakan alat perkusi kerincing dan kastenet.
Ø  Murid mainkan 1 jenis  alat perkusi yang menunjukkan bunyi panjang atau pendek berdasarkan arahan guru.

B6D1E8
 SOALAN:
Ø   Bezakan ton suara garau dan halus dengan aksi berlari dan aksi berjalan.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan rakaman bunyi haiwan seperti harimau dan burung.
Ø  Murid membezakannya dengan cara :
i.                    berlari – bunyi garau
ii.                  berjalan – bunyi halus

B6D2 (Kemahiran muzik)
B6D2E1
SOALAN:
Ø  Bermain perkusi mengikut detik  4                                                 
                                                        4
PEMERHATIAN:
Ø  Murid memainkan perkusi mengikut detik yang berterusan dengan iringan lagu yang dimainkan oleh guru.


B6D2E2
SOALAN:
Ø  Mainkan alat perkusi dengan dinamik kuat dan lembut.
PEMERHATIAN:
Murid memainkan kompang/alat perkusi mengikut arahan guru yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.


B6D2E3
SOALAN:
Ø  Nyanyikan lagu mengikut dinamik yang betul.
PEMERHATIAN:
Ø  Murid menyanyi mengikut skor lirik lagu yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.

B6D2E4
SOALAN:
Ø  Nyanyikan lagu dengan sebutan lirik yang jelas.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memainkan lagu “Mari Bergerak” (minus one) dan murid menyanyi dengan sebutan lirik  yang betul dan jelas.

B6D2E5
SOALAN:
Ø  Tiupkan reben pada permulaan setiap frasa.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan sebuah lagu.
Ø  Murid meniup reben pada permulaan setiap frasa.
B6D2E6
SOALAN:
Ø  Memimpin secara kreatif tiga kumpulan pic.
PEMERHATIAN: Kelas dibahagikan dalam tiga kumpulan pic (rendah, tengah dan tinggi).Seorang murid diminta memimpin kumpulan pic mengikut kreativitinya.