Select a file
Dunia Muzik...
Wednesday, 12 December 2012
Identiti melalui Nombor
Tarikh lahir merupakan
identiti diri kita, apakah kelebihan
kita dan apakah kebolehan kita. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh
mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita
menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang
kita ada.
Contoh:
18 November 1984
18 + 11 + 1984 = 2013
2 + 0 + 1 + 3 = 6
(Jadi
nombor destinasinya ialah 6)
Keterangan nombor destinasi
1. Ketulenan
- Hadir dengan
idea baru.
- Memperolehi
sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini
merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka
mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri
merupakan pilihan terbaik mereka.
*Perkara yang
perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
- Dilahirkan
sebagai diplomat.
- Mereka selalu
memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil
kira dirinya sendiri.
- Secara
semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Moodnya sentiasa
berubah.
- Mereka tidak
suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk
bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini
secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
- Golongan ini
merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat
kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka
memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka
orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini
perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
- Golongan ini
sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan
arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya
akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya
mereka lakukan.
- Mereka suka
bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar
dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
- Mereka adalah
perintis.
- Secara
semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta
sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan
kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini
dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6.
Romantik
- Golongan ini
adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat
setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka minat
seni muzik.
- Mereka menjadi
teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara
serius.
*Golongan ini
harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh
diubahnya.
7. Intelektual
- Golongan ini
adalah Pencari.
- Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu
perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka
tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka
mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan
perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat
suka berahsia.
- Golongan ini
hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.
8. Penimbul & Penyelesai
- Golongan ini
adalah penimbul & juga penyelesaian
bagi sesuatu masalah.
- Mereka adalah
profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu
mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana alam maya.
- Mereka sangat
suka mengendalikan manusia.Suka mencari
kesalahan orang lain. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan
memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Jarang mendengar cakap.
*Golongan ini
perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada bermimpi
mengecapi kejayaan.
9. Penghibur tapi Awas ye
- Golongan ini
mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat
penyayang dan pemurah.
- Dengan daya
tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa
jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai
personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
- Mereka boleh
berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
*Mereka mempunyai
nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu memikirkan
masalah yang sama . Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih saying
dan berhenti memikir pekara yang tidak berfaedah untuk dirinya.
Subscribe to:
Posts (Atom)