Tuesday, 11 December 2012

Rekorder

Alat Muzik: Rekoder

PENGENALAN

Rekoder adalah sejenis alat muzik tiupan yang diperbuat daripada kayu atau plastik.Terdapat pelbagai saiz rekoder untuk peranan yang berlainan. Antaranya adalah rekoder sopranino, soprano, alto, tenor dan bes (gambarajah dari kiri ke kanan).




Penggunaan rekoder dalam aktiviti pembelajaran muzik di bilik darjah adalah bertujuan memberi pengalaman muzikal secara hands-on. Pada masa yang sama pelajar mengukuhkan kefahaman bahasa muzik melalui pengalaman praktikal. Bahan yang dicadangkan dapat membantu proses pembelajaran bagi mengukuhkan kemahiran dan penguasaan bermain rekoder. 



1. STRUKTUR REKODER
2. TEKNIK BERMAIN REKODER
Untuk bermain rekoder dengan baik, teknik permainan rekoder yang betul perlu diamalkan.
2.1 Teknik Asas Sebelum Meniup Rekoder
2.1.1 Postur
• Duduk atau berdiri tegak dalam keadaan selesa semasa memegang rekoder.
• Pegang rekoder dengan kecondongan 45 darjah dari badan. (Elakkan daripada menundukkan kepala berlebihan atau membongkokkan badan.)

2.1.2 Cara Memegang Rekoder
Cara memegang rekoder yang betul akan memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan jari semasa bermain rekoder.
a. Pegang rekoder dengan meletakkan jari tangan kiri pada bahagian pangkal.
b. Tangan kanan memegang bahagian hujung badan rekoder.
c. Imbangan rekoder terletak pada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan.

2.1.3 Penjarian

(a) Tangan Kiri
-Ibu jari bernombor 0 menutup lubang di bahagian belakang rekoder.
-Jari telunjuk bernombor 1 menutup lubang rekoder pertama.
-Jari hantu bernombor 2 menutup lubang rekoder kedua.
-Jari manis bernombor 3 menutup lubang rekoder ketiga.

(b) Tangan Kanan
-Jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat.
-Jari hantu bernombor 5 menutup lubang rekoder kelima.
-Jari manis bernombor 6 menutup lubang rekoder keenam.
-Jari kelingking bernombor 7 menutup lubang rekoder ketujuh.
-Pada lubang rekoder bernombor 6 dan 7, terdapat dua lubang kecil. Lubang-lubang kecil tersebut adalah untuk menghasilkan bunyi syap dan flet.

Susunan jari pada lubang rekoder


Carta Penjarian Rekorder






3 comments: