Tarian Singa adalah sebahagian daripada tarian tradisional
dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan
singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua
penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala
kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa
tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas
yang disediakan. Tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram, dan dentuman
mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
Sejarah
Sejarah singa dianggap sebagai pelindung
dalam kebanyakan adat orang Asia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan
orang Cina. Tarian singa menjadi adat di negara China, Taiwan, Jepun, Korea,
Thailand, dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian
yang berbeza. Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina,
kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa
yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa
Selatan".
Tarian Singa Utara adalah berasal dari
bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum
singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum
singa betina). Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan
bertujuan sebagai hiburan.
Tarian Singa Selatan lebih membawa
perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu dipersembahkan sebagai istiadat
upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan
menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar
daripada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan
kepalanya.
No comments:
Post a Comment