Select a file
Wednesday, 12 December 2012
Identiti melalui Nombor
Tarikh lahir merupakan
identiti diri kita, apakah kelebihan
kita dan apakah kebolehan kita. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh
mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor
tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita
menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang
kita ada.
Contoh:
18 November 1984
18 + 11 + 1984 = 2013
2 + 0 + 1 + 3 = 6
(Jadi
nombor destinasinya ialah 6)
Keterangan nombor destinasi
1. Ketulenan
- Hadir dengan
idea baru.
- Memperolehi
sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini
merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka
mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah
pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri
merupakan pilihan terbaik mereka.
*Perkara yang
perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.
Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
- Dilahirkan
sebagai diplomat.
- Mereka selalu
memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil
kira dirinya sendiri.
- Secara
semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Moodnya sentiasa
berubah.
- Mereka tidak
suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya
mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup tetapi mereka sanggup untuk
bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini
secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai
kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
- Golongan ini
merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat
kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka
memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka
orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini
perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
- Golongan ini
sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan
arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya
akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya
mereka lakukan.
- Mereka suka
bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar
dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan
adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan
bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
- Mereka adalah
perintis.
- Secara
semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta
sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan
kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi
yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
* Golongan ini
dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang
diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6.
Romantik
- Golongan ini
adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan
kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi
keputusan mereka. – Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat
setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka minat
seni muzik.
- Mereka menjadi
teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara
serius.
*Golongan ini
harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh
diubahnya.
7. Intelektual
- Golongan ini
adalah Pencari.
- Selalu
menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu
perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka
tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka
mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka
dipersoalkan.
- Mereka kerap
dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala
bersendirian.
- Mereka gemarkan
perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik
dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat
suka berahsia.
- Golongan ini
hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima
kenyataan dunia sebenar.
8. Penimbul & Penyelesai
- Golongan ini
adalah penimbul & juga penyelesaian
bagi sesuatu masalah.
- Mereka adalah
profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu
mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana alam maya.
- Mereka sangat
suka mengendalikan manusia.Suka mencari
kesalahan orang lain. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan
memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Jarang mendengar cakap.
*Golongan ini
perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada bermimpi
mengecapi kejayaan.
9. Penghibur tapi Awas ye
- Golongan ini
mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat
penyayang dan pemurah.
- Dengan daya
tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa
jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai
personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk
memahami mereka.
- Mereka boleh
berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
*Mereka mempunyai
nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu memikirkan
masalah yang sama . Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih saying
dan berhenti memikir pekara yang tidak berfaedah untuk dirinya.
Tuesday, 11 December 2012
Isyarat Tangan
PENGENALAN PENDEKATAN
KODALY
ZOLTAN KODALY Dilahirkan pada 16
Disember 1882 dan meninggal pada 16 Mac 1967.
Teori
Muzik beliau merupakan :- Menggunakan notasi lidi, teknik solfa dan isyarat
tangan.
FALSAFAH DAN KONSEP
KODALY.
a)
Muzik kepunyaan manusia.
b)
Nyanyian sebagai asas kemahiran muzik.
c)
Muzik rakyat sebagai bahan p n p.
d)
Nyanyian koir untuk menghasilkan keseronokan.
e)
Alat muzik tidak perlu digunakan.
f)
Menggunakan perkusi badan.
g)
P n p muzik perlu berlaku di peringkat awal prasekolah.
h)
Muzik perlu menjadi tunjang dan nadi kurikulum pendidikan di sekolah.
PENDEKATAN KODALY
Pengasas
adalah Zoltan Kodaly (1882-1976) dari Hungary.
Memberi
penegasan tentang penilaian estetik, ekspresi diri, kreativiti dan perkembangan
budaya.
Nyanyian
menjadi fokus utama.
Bahan
utama yang digunakan adalah lagu rakyatFalsafah dan konsep Kodaly.
Muzik
kepunyaan manusia.
Suara
adalah alat muzik semula jadi
“If I were to express the
essence of this education in one word, that would be SINGING”
Muzik
rakyat sebagai bahan P&P.
Identiti
kepunyaan sesebuah negara.
Nyanyian
koir.
Membaca
skor muzik tanpa menggunakan kibod.
“a
well trained ear, a well trained intelligence, a well trained heart and a well
trained hand”
Tarian Melayu
Tarian melayu merupakan
gerakan yang unik dan lemah lembut.Tarian Melayu asli terbahagi kepada dua
jenis.
Pertama, tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan
siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh
tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.
Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu
perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian
ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan
sebagainya. Tarian – tarian yang
memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah
dan sebagainya. Contoh tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget
dan sebagainya. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti
tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.
TARIAN ASLI
Tarian ini dicipta
berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu
asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu
Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani , Asli
Abadi dan sebagainya.
TARIAN ASYIK
Tarian ini adalah sejenis
tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja –
raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini
bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan
ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan
tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian
tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam
upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang
digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.
TARIAN AYAM DIDIK
Tarian ini dikatakan
berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh
orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri
Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.
TARIAN BALAI
Tarian ini berasal dari
daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis
kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari
akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni
yang diletakan dibawah gelanggang.
CANGGUNG
Kata tanggung berasal dari
bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan
menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta
oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua
TARIAN SITI WAU BULAN
Tarian ini berasal dari
negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan
permainan wau.
TARIAN CINTA SAYANG
Tarian ini berasal dari
yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga
nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.
TARIAN DABUS
Tarian ini berasal dari
negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlwanan
Sayidina Ali.
TARIAN GAMBUS
Tarian ini berasal dari
daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan telah dikenali didaerah ini
sejak 50 tahun yang lalu, dipercayai berasal dari negeri Arab.
TARIAN INAI
Tarian ini adalah tarian
istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana.
Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan
dan duduk diatas pelamin.
TARIAN JOGET
Tarian ini diperngaruhi
oleh kebudayaan Portugis dan dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima
oleg berbagai-bagai kaum di Malaysia.
TARIAN KUDA KEPANG
Tarian ini ialah tarian
warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan islam. Ciri kejawaan itu jelas pada
pakaian penari-penari dan unsur islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu
mengisahkan pepernagan Rasullollha dan para sahabat.
TARIAN MAK INANG
Pada zaman kesultanan
Melayui Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja
kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.
TARIAN ZAPIN
Tarian ini dikatakan
berasal dari negeri Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus
dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.
Tarian Bharata Natyam
Tarian Bharata Natyam
merupakan salah satu gaya tarian klassik India. Tarian klassik Bharata Natyam
merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk
menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai
gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan
tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan
kegemilangan.Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Nadu di bahagian Selatan
India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh penari wanita.Suatu persembahan yang lengkap
dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu,
Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya (Tarian Ekspresi).
Latar belakang dan sejarah Tarian Bharata Natyam
Kebudayaan India telahpun
wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya
dengan pelbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan
kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang
paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali,
Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu
dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah
“seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri
kepada tuhan-tuhan Hindu.
Interpretasi umum untuk nama Bharata Natyam:
BHA (ekspresi) + RA
(muzik) + TA (irama) + NATYAM (tarian) = Bharata Natyam
Cara Bharata Natyam ditarikan
Suatu persembahan yang
lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat dikenali sebagai Alarippu,
Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini
menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya. Seorang penari
profesional tarian ini harus mempunyai beberapa sifat, antaranya kelihatan
muda, langsing, bermata besar, berkeyakinan diri, berkeupayaan mengikut alunan
muzik dan menyanyi.
Menurut Abhinayadarpanam
(dokumen yang sangat berkuasa berkaitan Bharata Natyam), seorang penari
profesional Bharata Natyam harus mempunyai sepuluh sifat utama iaitu: Javaha
(Ketangkasan), Sthirathvam (Kemantapan), rekha (bentuk badan yang cantik),
Bhramari (keseimbangan dalam pusingan), Drishti (pandangan mata), Shramaha
(kerajinan), Medha (kebijaksanaan), Shraddha (kesetiaan), Vacho (pertuturan
yang baik), dan Geetam (kemampuan bernyanyi).
Bharata Natyam dari
campuran abstrak dan emosi yang berasal daripada campuran dua unsur utama iaitu
nritta (tarian tulen tanpa makna perasaan) & nritya (tarian yang mempunyai
perasaan). Bharata Natyam berasal daripada perbezaan yang banyak antara
unsur-unsur yang digunakan. Nritta merangkumi adavus, yang merupakan tarian
asas Bharata Natyam. Setiap adavu mempunyai 3 elemen penting iaitu posisi
berdiri asas (sthanaka), gerakan kaki (chari) dan pergerakan tangan yang dihias
(nritta-hasta).
Muzik iringan untuk Bharata
Natyam ialah muzik Carnatic gaya India Selatan. Biasanya kumpulan pemain muzik
Carnatic menggunakan instrumen iaitu mridangam (drum), nagaswaram (paip panjang
berbentuk tanduk yang dibuat daripada kayu hitam), suling, biola dan veena
(alat muzik dengan tali yang dimainkan dengan menyentuh tali-tali dengan
penggesek yang berkait dengan Saraswati, dewi Hindu.Bahasa Tamil, Telugu,
Kannada dan Sanskrit biasanya digunakan dalam Bharata Natyam.
Selain perkara-pekara ini
yang agak moden, terdapat perkara yang dahulu kala seperti Kautuvam, Koothu,
Shlokam, Swarajathi, dan Krithi. Persembahan disimpulkan dengan lagu daripada
beberapa ayat-ayat agama sebagai satu bentuk ucapan syukur. Gaya tertentu
mempunyai perkara-perkara yang lebih maju, seperti Tharanga Nritham dan Suddha
Nritham. Apabila seorang penari telah menguasai semua elemen tarian Bharata
Natyam, semasa persembahan, dia biasanya mempersembahkan Arangetram (debut).
Subscribe to:
Posts (Atom)