Tuesday 11 December 2012

Alat Perkusi



Alat Muzik
Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Kanak-kanak pada usia ini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi.Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina biasaan yang baik dari awal lagi



Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.
Cara memegang dan memainkan kastanet:
i) Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di atas tangan kiri.
ii) Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan.





Rupa bentuk:
Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung yang diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng:
Masukkan empat jari kedalam gelong loceng dan genggam dibahagian yang tidak berloceng. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri. Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan.





Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya.Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk kerincing menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

Cara memegang dan memainkan kerincing:
Pegang pada tali kerincing pada sebelah tangan dan pengetuk di sebelah tangan lain. Pastikan tangan yang memegang tali tidak menyentuh kerincing.
Kerincing boleh dimainkan dengan mengetuk pada besi berbentuk segitiga dengan pengetuk besi. Ketukan boleh dibuat di dalam atau di sebelah luarnya.




Kayu Tik- Tok ( Double - tone block )
Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-Tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi di bahagian kirinya.

Cara memegang dan memainkan tik-tok:
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pemegangnya dengan tangan kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kanan dan kirinya secara bergilir-gilir.


1 comment: