Contoh Soalan Band 3
Band 3 Diskriptor
1
B3 D1 E1
Soalan
Murid menunjukkan kad-kad ikon sedih, riang dan takut
semasa lagu-lagu pelbagai mud dimainkan.
Pemerhatian
Guru memperdengarkan 3 buah lagu berlainan mud.
Minta murid menunjukkan kad ikon yang sesuai dengan muzik
yang didengari.
B3 D1 E2
Soalan
Mendengar muzik/lagu yang dimainkan.
Arahan: Berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk
tekstur yang tebal.
: Berdiri
bersendirian untuk tekstur yang nipis.
Pemerhatian
-
Guru membahagikan
murid-murid ke dalam kumpulan
-
Guru memperdengarkan
muzik/lagu
-
Murid-murid mendengar
dan bergerak seperti dalam arahan
B3 D1 E3
Soalan
Mendengar bunyi alat perkusi yang dimainkan.
Arahan: kuat = berjalan di luar gelung; lembut = masuk ke
dalam gelung.
Pemerhatian
-
Guru menyediakan gelung
untuk semua murid.
-
Guru memainkan alat
perkusi ikut dinamik.
B3 D1 E4
Soalan
Murid tunjukkan aksi untuk menunjukkan pic yang tinggi,
tengah dan rendah.
Pemerhatian
-
Dengarkan tiga audio
berbeza
-
Lihat tindak balas murid
terhadap muzik yang dimainkan.
B3 D1 E5
Soalan
Murid menunjukkan ikon gambar lelaki dan perempuan
apabila guru memperdengarkan bunyi suara lelaki dan perempuan.
Pemerhatian
-
Guru mengedarkan kad-kad
ikon.
-
Guru memperdengarkan
bunyi suara lelaki dan perempuan.
-
Meminta menunjukkan kad
ikon yang betul.
Soalan
Murid menunjukkan gambar alat perkusi yang betul.
Pemerhatian
-
Guru mengedarkan kad
gambar alat perkusi.
-
Guru membunyikan alat
perkusi (rakaman).
-
Murid diminta
menunjukkan kad gambar yang betul.
B3 D1 E6
Soalan
Melukis garisan berombak berdasarkan dua lagu yang
diperdengarkan
Pemerhatian
-
Guru menunjukkan kad
ikon garisan berombak rapat untuk tempo cepat dan garisan berombak jarang untuk
tempo lambat.
-
Murid melukis garisan
berombak pada tajuk lagu.
B3 D1 E7
Soalan
Bezakan bunyi panjang dan pendek pada alat perkusi.
Pemerhatian
-
Guru memberikan alat perkusi
yang berbeza (kerincing dan kastanet)
-
Murid membunyikan alat
dalam kumpulan mengikut arahan guru.
B3 D1 E8
Soalan
Membezakan ton suara (halus, kasar, nyaring).
Pemerhatian
Membuat bunyi-bunyi binatang yang menunjukkan pelbagai
ton suara mengikut arahan guru.
Band 3 Diskriptor
2
B3 D2 E1
Soalan
Murid menyanyi sambil memainkan alat perkusi mengikut
detik.
Pemerhatian
-
Guru mengedarkan alat
perkusi.
-
Guru memainkan lagu.
-
Meminta murid memainkan
alat perkusi mengikut detik lagu.
B3 D2 E2
Soalan
Bermain drum bes dengan kuat dan perlahan.
Pemerhatian
-
Guru memainkan bunyi
drum bes secara kuat dan lembut.
-
Murid secara kumpulan
membunyikan secara kuat dan perlahan mengikut tunjukcara guru.
B3 D2 E3
Soalan
Murid memainkan alat perkusi mengikut dinamik kuat dan
lembut berdasarkan ikon yang disediakan.
Pemerhatian
-
Guru sediakan ikon.
-
Murid memainkan alat
perkusi berpandukan ikon yang dipamerkan.
B3 D2 E4
Soalan
Murid-murid menyebut lirik lagu mengikut irama dengan
jelas.
Pemerhatian
-
Guru membaca lirik lagu
frasa ke frasa mengikut irama.
-
Meminta murid mengajuk
ikut guru.
-
Meminta murid membaca
lirik ikut irama dengan jelas.
B3 D2 E5
Soalan
Murid melambai tangan ikut frasa lagu.
Pemerhatian
-
Guru memainkan lagu.
-
Meminta murid
melambaikan tangan dari kiri ke kanan (atau kanan ke kiri) ikut frasa.
B3 D2 E6
Soalan
Murid mengajuk bunyi yang didengar dengan sebutan “la”.
Pemerhatian
Guru membunyikan tiga not yang berbeza seperti C E G
dengan menggunakan kibod/piano.
No comments:
Post a Comment