Monday 26 November 2012

SYARAT, KELAYAKAN SERTA KADAR KEMUDAHAN DALAM SISTEM SARAAN BARU BERDASARKAN KAEDAH BARU CUTI




Cuti Separuh Gaji
Kemudahan cuti separuh gaji dalam Perintah Am 13(a) Bab ‘C’ diberi atas sebab-sebab kesihatan anak dan saudara yang rapat sahaja. Kemudahan bagi anggota atas sebab-sebab kesihatannya diliputi dalam peruntukan Cuti Sakit Lanjutan.
Cuti Tanpa Gaji
Kemudahan cuti tanpa gaji dalam Perintah Am 14 Bab’C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) had maksimum cuti tanpa gaji dalam Perintah Am 14(a) dipinda ke 360 hari.
b) Syarat minimum layak memohon cuti tanpa gaji Perintan Am 14(b) dan (c) diselaraskan kepada 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan sahaja,
c) Baki cuti tanpa gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.
Cuti Sakit Lanjutan
Kemudahan cuti sakit lanjutan dalam Perintah Am 22 Bab ‘C’ dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, anggota yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi cuti separuh gaji sehingga 90 hari dengan Perakuan Lembaga Perubatan. Sementara menunggu laporan Lembaga Perubatan , sijil boleh diterima bagi tujuan cuti separuh gaji. Anggota hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak mengemukakan cuti sakit bagi tempoh menunggu laporan Lembaga Perubatan berkenaan.
b) Jika angota masih tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, maka anggota itu masih boleh diberi cuti sakit iaitu cuti tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuaan bersamaan separuh gaji.
c) Kemudahan cuti sakit lanjutan ini diberi dalam satu tahun kalendar dan
d) Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika anggota masih belum sembuh, beliau boleh dibersarakan dengan perakuan Lembaga Perubatan.
Cuti Haji
Kemudahan mengenai cuti haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab ‘C’ dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.4 Tahun 1984 adalah dikekalkan dengan pindaan berikut:
a) Cuti haji boleh diluluskan kepada anggota beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan dan
b) Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada anggota berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 6 tahun secara berterusan.
Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan
Kemudahan cuti rehat ini dalam Perintah Am 38 Bab’C’ dikekalkan dengan pindaan iaitu tempoh cuti selepas berkursus dihadkan sehingga 7 hari jika anggota masih mempunyai baki cuti rehat sebelum pergi berkursus. Bagi guru-guru, kemudahan ini diberi jika mereka masih mempunyai baki cuti sambilan sebelum pergi berkursus.
Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan
Kemudahan cuti ini dalam Perintah Am 44 Bab ‘C’ dipinda dengan menggantikan masa peperiksaan kepada hari peperiksaan.
Cuti Menghadiri Latihan Atau Khemah Tahunan Pertubuhan Persatuan
Kemudahan cuti ini dalam Perintah AM 42(a) dan Bab’C’ diperluaskan aktivitinya kepada menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luarbiasa, khemah latihan tahunan, seminat dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran persatuan kebajikan dan sukan di jabatan-jabatan kerajaan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf olehKetua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Cuti Tibi, Kusta dan Barah
Kemudahan mengenai cuti sakit ini seperti dalam Perintah Am 31(a) dan (b) Bab ‘C’ adalah dikekalkan dengan pindaan-pindaan berikut:
a) cuti sakit bergaji penuh yang tidak melebih 24 bulan dibenarkan untuk pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain.
b) Kemudahan (a) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan.
c) Setelah menghabiskan cuti di (a) dan (b) anggota boleh mengambil cuti rehat yang ia masih berkelayakan.
d) Cuti separuh gaji yang tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti (a) hingga (c) dan
e) Setelah menghabiskan semua cuti di (a) hingga (d) tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu setelah meneliti Lamporan Lembaga Perubatan. Kuasa Tertentu boleh menimbang apa-apa cuti tambahan sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau anggota itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan.
Tafsiran Keluarga Anggota
Istilah keluarga dalam Perintah Am 1 (iii) Bab ‘F’ adalah dikekalkan dengan pindaan, iaitu bagi anak yang daif, ianya tidak mengambil kira sama ada kedaifan wujud atau berlaku sebelum selepas had umur di bawah tanggungan seperti yang ditetapkan.
Kelayakan dan Kadar Bayaran Wad
Kelayakan wad dalam perenggan 1.1 Lampiran ‘C’ Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 1980 adalah dipinda seperti berikut:
Gred Khas dan ke atas kategori I hingga III yang bergaji RM3 138 dan ke atas.
Kelas Wad : Kelas 1 Bilik Seorang
Bayaran Sehari: RM10.00
Kategori III yang bergaji RM3 137.00 dan ke bawah hingga kategori VI
Kelas Wad: Kelas 1 Bilik Berdua
Bayaran Sehari: RM8.00
Kategori VII hingga VIII
Kelas Wad: Kelas 1 Bilik Bertiga
Bayaran Sehari: RM6.00
Kategori IX hingga IX
Kelas Wad: Kelas 2, Kelas 3
Bayaran Sehari: RM3.00, Percuma
KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN
Kemudahan cuti isteri bersalin selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod diperuntukkan di bawah Sistem Saraan Baru bertujuan memberi peluang kepada pegawai-pegawai lelaki membantu urusan ketika isterinya bersalin.
Kemudahan ini hanya diberi kepada pegawai lelaki yang telah kehabisan cuti rehat yang ia berkelayakan ketika isterinya bersalin.
Sehubungan itu, berikut diperturnkan beberapa peraturan berkaitan dengan pelaksanaan pemberian cuti tersebut:
a) kemudahan cuti bersalin sebanyak tiga hari diberi kepada pegwai-pegawai yang telah kehabisan cuti rehat yang ia berkelayakan pada tarikh isterinya bersalin dan bukannya telah kehabisan semua cuti rehat tahunannya.
b) Pegawai yang berkelayakan cuti rehat kurang daripadaa tiga hari pada tarikh isterinya bersalin hanya layak diberi cuti tanpa rekod sebanyak tempoh itu sahaja. Sebagai contoh, dua hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehatnya berbaki sebanyak satu hari sahaja, dan satu hari cuti tanpa rekod diberi sekiranya cuti rehat berbaki sebanyak dua hari.
c) Cuti tanpa rekod ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya sekiranya isteri seorang pegawai itu bersalin selepas waktu pejabat.
d) Semua hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am yang jatuh dalam tempoh cuti itu hendaklah juga diambil kira dan
e) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Kemudahan cuti tanpa rekod ini juga dipanjangkan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan yang diarah bertugas semasa cuti penggal persekolahan. Dalam pada ini, pegawai perkhidmatan pendidikan yang bertugas semasa penggal sekolah juga layak diberi kemudahan ini.
Peraturan mengenai kemudahan ini juga terpakai kepada Badan-badan Berkanun dan Kuasa-kuasa Tempatan yang menerima Sistem Saraan Baru.

No comments:

Post a Comment