Contoh
Soalan Band 6
B6D1 (Pengetahuan dan Kefahaman Muzik) 
B6D1E1
SOALAN:
Ø  Buat gerakan dan ekspresi
muka secara kreatif mengikut mud berdasarkan tiga buah lagu yang didengari.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan 3
buah lagu yang berbeza mud (riang, sedih, takut).
Ø Murid membuat gerakan
dan  ekspresi muka mengikut mud lagu di
hadapan kelas.
B6D1E2
SOALAN:
Ø 
Terangkan secara lisan perbezaan tekstur
lagu yang didengari.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan lagu
nyanyian solo dan nyanyian koir.
Ø 
Meminta murid menerangkan secara lisan
perbezaan tekstur lagu yang didengar.
Ø 
Murid memberi jawaban bahawa nyanyian
solo adalah tekstur nipis dan nyanyian koir adalah tekstur tebal.
Ø 
 
B6D1E3
SOALAN:
Ø  Mainkan alat perkusi secara
kreatif mengikut simbol dinamik (f dan p) pada skor lagu.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru sediakan skor
lagu/lirik dan 2 alat perkusi, iaitu dram samping dan kerincing. 
Ø  Murid memainkan alat
perkusi yang dipilih  mengikut skor
secara kreatif.
B6D1E4
SOALAN:
Ø  Kalungkan kad imbasan pada
rakan kamu mengikut aras pic yang kamu dengari.
PEMERHATIAN:
Ø 
3 orang murid berada dalam kedudukan 3
aras yang berbeza iaitu,
i.                   
Mencangkung
ii.                 
Duduk di atas kerusi
iii.               
Berdiri
Ø  Guru memainkan tiga pic
yang berlainan aras (rendah, tengah dan tinggi).
Ø  Murid diminta mengecam dan
mengalungkan kad imbasan untuk pic yang ke2 (terpulang kepada guru) mengikut bunyi
yang dimainkan.
B6D1E5
SOALAN:
Ø  Tampal gambar pada papan
putih berdasarkan audio yang dimainkan. 
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan bunyi
binatang.
Ø  Murid memilih gambar
haiwan yang disediakan mengikut bunyi yang dimainkan oleh guru dan menampal
gambar pada papan.
B6D1E6
SOALAN:
Ø  Murid melakarkan gambar
kereta atau berjalan kaki untuk menunjukkan tempo cepat dan lambat. 
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan dua
buah lagu bertempo cepat dan lambat.
Ø 
Murid melakarkan gambar berdasarkan lagu
yang didengari.
B6D1E7
SOALAN:
Ø   Murid memilih dan memainkan 1 daripada 2 alat
perkusi untuk membezakan bunyi bunyi panjang dan pendek. 
PEMERHATIAN:
Ø  Guru menyediakan alat
perkusi kerincing dan kastenet.
Ø  Murid mainkan 1 jenis  alat perkusi yang menunjukkan bunyi panjang
atau pendek berdasarkan arahan guru.
B6D1E8
 SOALAN:
Ø 
 Bezakan ton suara garau dan halus dengan aksi
berlari dan aksi berjalan.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan
rakaman bunyi haiwan seperti harimau dan burung.
Ø  Murid membezakannya dengan
cara :
i.                   
berlari – bunyi garau
ii.                 
berjalan – bunyi halus
B6D2 (Kemahiran muzik)
B6D2E1
 
 
SOALAN:
Ø  Bermain perkusi mengikut
detik  4                                                 
                                                       
4 
PEMERHATIAN:
Ø  Murid memainkan perkusi
mengikut detik yang berterusan dengan iringan lagu yang dimainkan oleh guru.
B6D2E2
SOALAN:
Ø 
Mainkan alat perkusi dengan dinamik kuat
dan lembut.
PEMERHATIAN:
Murid memainkan kompang/alat perkusi
mengikut arahan guru yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.
B6D2E3
SOALAN:
Ø 
Nyanyikan lagu mengikut dinamik yang
betul.
PEMERHATIAN:
Ø  Murid menyanyi mengikut skor
lirik lagu yang menunjukkan dinamik kuat atau lembut.
B6D2E4
SOALAN:
Ø 
Nyanyikan lagu dengan sebutan lirik yang
jelas.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memainkan lagu “Mari
Bergerak” (minus one) dan murid menyanyi dengan sebutan lirik  yang betul dan jelas.
B6D2E5
SOALAN:
Ø  Tiupkan reben pada
permulaan setiap frasa.
PEMERHATIAN:
Ø  Guru memperdengarkan
sebuah lagu.
Ø 
Murid meniup reben pada permulaan setiap
frasa.
B6D2E6
SOALAN:
Ø 
Memimpin secara kreatif tiga kumpulan
pic.
PEMERHATIAN: Kelas dibahagikan dalam tiga kumpulan pic (rendah,
tengah dan tinggi).Seorang murid diminta memimpin kumpulan pic mengikut
kreativitinya.
No comments:
Post a Comment